Pages

Produk Yanko Skincare dan Lurveya

Friday, 20 April 2018

Assalammualaikum.

Sambungan dari perkongsian Qila mengenai Yanko Skincare yang hanya mempunyai 3 item sahaja iaitu:-

  1. Cleanser
  2. Day Cream
  3. Night Cream

Bagi Qila masih tak cukup nak merawat kulit muka kita. So, dengan gabungan dari Produk Lurveya yang mempunyai Toner Vitamin C dan Serum Vitamin C nie memang bagi Qila sangat cukup full set complete skincare bagaikan rawatan spa. Okay, Qila akan ceritakan fungsi Toner Vitamin C dan Serum Vitamin C untuk korang semua.

Fungsi Toner Vitamin C:-

  • Membersihkan sisa kotoran
  • Mengecilkan liang pori
  • Melembapkan kulit dan mengawal PH kulit
  • Menyegarkan kulit wajah
  • Merawat jerawat dan mengecutkan jerawat
  • Menggalakkan pertumbuhan collegen semulajadi
  • Melindungi kulit dari radikal bebas
Fungsi SerumVitamin C:-

  • Penghasilan collagen
  • Mengurangkan garis halus
  • Merawat kulit kusam
  • Melindungi kulit dari radikal bebas
  • Melindungi kulit dari sinaran UV
  • Vitamin E membantu merawat cela dan parut
  • Merawat kulit kering
  • Hyaluronic acid membantu memperbaharui tekstur kulit (terutama breakout skin)
  • Green tea bersifat antioksidan untuk tampak awet muda dan mengurangkan bintik-bintik pigment pada kulit
  • Ekstrak lemon mengatasi jerawat dan melembutkan kulit muka


Bila dah ada semua nie dan pakai secara konsisten, In shaa Allah akan nampak perubahan yang sangat ketara berbanding sebelumnya. Qila adalah pengguna tegar Set Platinum dengan penambahan Toner Vitamin C dan Serum Vitamin C, Qila guna selama sebulan hasil dia adalah parut degil yang lama semakin kurang dan Qila berani keluar rumah hanya mencalit day cream Yanko sahaja dengan bedak. Hehe! Dah tak payah tepek fondation tebal nak keluar.


Ini adalah step by step bila korang dah ada ke semua item nie. First sekali mestilah,

1. Cleanser Yanko

Cuci muka dengan cleanser Yanko dulu pada waktu pagi dan sebelum tidur. Sebelum tu, pastikan kulit muka bebas daripada foundation ye baru pakai cleanser.

2. Toner Vitamin C Lurveya

Sebenarnya, fungsi toner vitamin C nie ada untuk menghilangkan lagi sisa kotoran yang masih melekat selepas menggunakan cleanser. Ianya, sangat berangin bila apply dekat muka dan pastikan sapu menggunakan kapas muka.

3. Serum Vitamin C Lurveya

Lepas kita apply toner vitamin C, kita apply serum vitamin C pulak. Untuk yang suka makeup dan tak nak makeup kita bercapuk dan ada effect glowing, memang wajib untuk kita apply serum vitamin C. Kalau nak tahu, bila apply serum vitamin C secara konsisten akan dapat memberikan kulit muka kita kembali awet muda.

4. Day Cream @ Night Cream Yanko

Last sekali, baru la kita apply day cream @ night cream Yanko. Day cream, kita apply waktu pagi. Biasa kalau Qila malas nak makeup, apply day cream je dah cukup sebenarnya. Ia dapat menutup cela sambil merawat. Sama jugak macam night cream, apply pada waktu tidur. Sambil kita tidur sambil ia merawat kulit muka dan bila bangun pada waktu pagi. Haa, korang jangan tersenyum sendiri bila tengok cermin, hehe!


Yanko Skincare by Qiela
012 258 8813
"Lets beauty together"



Info Yanko Skincare

Monday, 16 April 2018

Assalammualaikum.

Seperti yang dijanjikan Qila nak berkongsi sedikit produk skincare yang telah merawat kulit muka Qila seperti sekarang, iaitu Yanko Skincare. Untuk mereka yang tak tahu mengenai Yanko Skincare nie sebenarnya Yanko Skincare bukan berasal dari Malaysia or local product.

Yanko Skincare berasal dari Taiwan dan mula ada di pasaran sejak 1996 lagi. Ia menggunakan teknologi German 100% untuk menghasilkan produk Yanko Skincare. So, bila produk dari luar negara memang tak ada kelulusan KKM sebab KKM hanya untuk produk Malaysia sahaja.

Tetapi Yanko Skincare mendapat Sijil Pengiktirafan Antrabangsa (FDA), iaitu sijil yang dikeluarkan untuk produk antarabangsa dan HALAL (Yanko Skincare 100% against animal testing). Memang bebas merkuri dan chemical, hanya menggunakan bahan semulajadi.

Sebenarnya Yanko Skincare mempunyai 3 set pilihan mengikut masalah kulit kita, tak boleh pilih sesuka hati ye tetapi ianya sesuai untuk semua jenis kulit. Okay, jomm Qila ceritakan serba sedikit apa 3 set tu.....


SET BASIC



Set Basic nie sesuai untuk masalah kulit yang berjerawat, kulit berminyak, kulit sensitif dan kulit normal pon boleh cuba Set Basic nie.



SET HYDRA




Set Hydra pulak adalah untuk masalah kulit kering, kusam dan kulit tak bermaya. Ia mempunyai agen pelembap untuk melembapkan kulit muka kita. So, pada sesiapa yang mempunyai masalah kulit kering dan berjerawat boleh ambil Set Hydra. Fungsi masih sama macam Set Basic cuma di dalam kandungan Set Hydra mempunyai kelembapan yang lebih  tinggi.



SET PLATINUM




Set Platinum adalah set yang orang kata paling power sekali sebab ada extra pencerahan dan juga merawat jerawat. Sebenarnya, Set Platinum sesuai untuk golongan 30 tahun ke atas, ia mempunyai Anti Penuaan.  Berkesan merawat wrinkles, menghapuskan jeragat dan menganjalkan kulit seterusnya menjadikan kulit awet muda gituuuu!

Tapi kalau golongan 20 an nak guna pon boleh, tak ada masalah pon sebenarnya. Kalau nak tahu, Qila pengguna tegar Set Platinum la, hehe.

Boleh lihat testimoni Qila sendiri menggunakan Set Platinum selama sebulan

Secara keseluruhan, kelebihan Yanko Skincare untuk:-

Cleanser 
  • Ianya lembut pada kulit
  • Foam free! Jadi cleanser Yanko tak mengeringkan atau menghakis kulit
  • Fungsinya untuk membersihkan kulit jauh ke dalam liang pori
  • Membersihkan kotoran pada kulit muka
  • Juga merawat dan memberi vitamin pada kulit agar kekal sihat berseri

Day Cream
  • Ianya tidak lembik dan teksture yang padat
  • Tidak memberikan kesan berminyak pada kulit dan tidak melekit
  • Sesuai untuk yang nak makeup tanpa foundation
  • Mempunyai SPF
  • Fungsinya untuk menutup cela sambil merawat kulit muka

Night Cream
  • Mempunyai Vitamin A, C dan E juga extract tumbuh tumbuhan semula jadi
  • Vitamin A untuk garis-garis halus
  • Vitamin C untuk whitening dan pimples
  • Vitamin E untuk parut
  • Fungsinya untuk merawat kulit pada waktu kita tidur
Kalau korang perasan, Yanko Skincare hanya mempunyai 3 item je sebenarnya. Iaitu,
  1. Cleanser
  2. Day Cream
  3. Night Cream
So, macam tak complete sangat skincare kita. Rasa macam tak puas nak rawat kulit muka kita, rasa macam ada kurang something je. Dengan itu, Qila akan ceritakan lagi macamana nak dapatkan full set skincare bagaikan beauty spa gituuu dengan hanya penambahan Toner Vitamin C dan juga Serum Vitamin C daripada produk Lurveya. Nantikan ye....

Yanko Skincare by Qiela
012 258 8813
"Lets beauty together"


Saya guna produk Yanko Skincare

Friday, 6 April 2018

Assalammualaikum.

Kali nie Qila nak share dengan korang mengenai produk Yanko Skincare. Since Qila dah pun guna dan dah nampak perubahan kepada kulit muka Qila. Why not Qila kongsikan Yanko Skincare dengan korang. Hehe!

Time nie, dah 2 bulan lebih guna Yanko. Hehe, maybe nie nampak macam effect beauty face sikit.


Okay, 1st Qila nak cerita sebelum Qila jumpa Yanko Skincare sebenarnya dah macam-macam produk Qila guna. Daripada drug store from watsons, gurdian, farmasi dan local product pon dah Qila cuba tapi masih tak ada perubahan dekat kulit muka Qila.

Kalau nak tahu, Qila dulu mempunyai masalah jerawat teruk tau. Dah nampak macam breakout pon ada. Bila naik tumbuh, naik tumbuh. Kalau tak tumbuh pulak, tinggalkan parut degil yang susah nak hilang pulak tu. Ya Allah, sedihhhh! Sampai takot nak tengok muka kat cermin, kadang tu rasa macam "kalau laaa ada pemadam yang boleh hilangkan jerawat merah dan parut nie..." Haha! Ada tak eh?

Kawan yang mengenali Qila tahu macamana keadaan kulit Qila dulu, huhu!

Alhamdulillah, sejak my sis perkenalkan dengan Qila mengenai Yanko Skincare. Qila just guna Set Trial je dulu, dalam masa sebulan dah nampak parut makin pudar. Set Trial yang mana tu?? Haa, nanti Qila cerita lebih details lagi okay. Stay tuneddd!
 
FREE BLOGGER TEMPLATE BY DESIGNER BLOGS