Bersalin di Hospital Tuanku Jaafar Seremban pada 25 April 2017 jam 7.21 malam.
Assalammualaikum semua.
Qila nak cerita sikit pengalaman Qila bersalin anak pertama secara induce. Ceritanya memang panjang sikit, hehe! Qila nak kenangan nie dikongsikan bersama dan untuk yang kena induce buat pertama kali. So, let’s start. Aicehh!
Kita yang bersalin nie, pengalaman memang berbeza-beza kan? Ada yang senang bersalin, ada yang tak. Ada yang bersalin normal, ada yang c-zer.
Macam pengalaman Qila sendiri, Qila overdue. Patut due date tarikh bersalin dekat buku pink tu 18 April 2017 tapi lepas dari tarikh tu, Qila tak ada pon rasa sakit contraction. Sedihnya, dah la anak pertama. Tak pernah rasa sakit contraction secara biasa.
Sampai la nurse dekat KD (Klinik Desa) dah bagi surat untuk Qila masuk ward kat hospital sekiranya seminggu dari tarikh 18 April 2017 tak bersalin jugak kena la serah diri pergi hospital bersalin secara paksa tau sebab tu kena induce.
Selepas seminggu, Qila tak ada rasa sakit jugak. So, 24 April 2017 hari Isnin tu Qila dah pergi serah diri nak bersalin. Huhu! Ada tak yang pengalaman macam Qila nie? Dah la anak pertama, huargh!
Pagi-pagi dah gerak pergi hospital. Qila ingat lepas sampai hospital tu terus induce lah tapi tak. Esoknya 25 April 2017 baru induce. So, time tu memang Qila relax la. Yelaa, tak ada rasa sakit langsung pon.
Alhamdulillah, dapat duduk dengan kakak-kakak yang berpengalaman bersalin berdekatan dengan katil Qila. Semuanya baik-baik, peramah, suka menolong. Hehe! Hari tu, borak-borak je la dengan kakak-kakak kat sana.
Ada yang warded sebab air ketuban kurang tapi baru 36 weeks, ada yang baby songsang memang kena duduk ward sebab kena pantau. Ada la macam-macam masalah bersalin nie. Sampaikan dengar ada yang kena induce 3 kali tapi bukaan still 3 cm je. Ada pulak sampai masuk belon lah, bab masuk belon tu Qila tak tahu macamana.
Muka pasrah nak kena induce esok, hehe!
Time tu, mula la rasa gelabah risau sangat. Nanti Qila kena induce esoknya macamana la kan? Hmmm, nasib kita beza-beza. Sehari tu, Qila kuatkan diri. Tak nak dengar perkara yang negatif, baca surah maryam. Malam tu memang tak dapat tidur lena pon.
So, tiba la waktu paginya tu. Pukul 6 pagi Qila dah bangun, nurse dah pesan awal suruh mandi sebelum pukul 7 pagi sebab pukul 7 pagi tu dah standby nak masuk ubat induce. Fuhh! Ramai yang fikir induce sakit kan?
Qila memang tak ada pengalaman langsung, anak 1st kan. Bila doktor panggil nama Qila untuk masuk dalam bilik macam ala-ala labour room tu, Qila dalam hati memang dah rasa resah gelisah tapi luaran nampak relax je. Haha!
Ok lah, doktor pon tak ambil masa lama pon. Terus bagitahu saya nak check bukaan dulu ye dan doktor bagitahu dah bukak 1 cm dah nie. Qila pon macam happynyaaa! Walaupon baru bukak 1 cm ok, ingat boleh lari dari kena induce tapi tak pon.
And then doktor pon terus la masukkan ubat induce dalamnya. Masa doktor tengah masukkan jari untuk check bukaan, Qila tarik nafas dalam-dalam sampai la doktor tu keluarkan jari baru hembus nafas slow-slow. In shaa Allah boleh kurangkan sakit tu. Dapat tips dari kakak yang anak dah 6 orang, hehe. Alhamdulillah, tak rasa sakit pon.
Lepas dah induce, nurse ada cakap baring dalam 1 jam biar ubat tu meresap masuk dalam. Time 1 jam Qila baring tak rasa apa pon, cuma rasa la perut memulas-mulas tu je.
Jam 9 pagi, macam biasa nurse akan datang untuk check ctg (cardiotocography). Siapa tak tahu ctg, meh klik sini. Nurse kata dah ada regular contraction nie, nanti pukul 1 petang check bukaan lagi. My feeling? Of course happy tak sabar nak jumpa baby and ada jugak rasa gementar.
Ok, pukul 1 petang check bukaan baru bukak 3 cm. Qila memang dah rasa sakit time tu tapi tak ada lah sampai sakit ke pinggang. Kalau nak masuk dalam labour room kena bukak 4 cm. So, sabar. Memang berharap sangat tak nak kena induce banyak kali.
Dalam pukul 3.30 petang Qila dah start dah rasa sakit sangat nie. Dah sampai ke pinggang tapi tahan jugak sebab tak nak check bukaan takot still 3 cm jugak. Time tu rasa macam nak tumbuk orang la, haha! Nasib husband Qila tak ada time tu waktu melawat dah habis.
Lama gila Qila tahan kesakitan. Sampai la waktu melawat pukul 4.30 petang. Husband Qila memang dah ada dengan Qila, sampaikan asal dia bukak suara je Qila marah-marah. Haha!
Husband Qila kata “Pergi la check tengok dah bukak berapa. Nie macam dah sakit teruk abang tengok”. Qila pon, hmmmm… Yelaa, nak tak nak kena jugak pergi check.
Alhamdulillah, bila dengar je nurse kata “Eh, dah bukak 5 cm nie. Dah boleh la standby masuk labour room. Pastikan bawak baju dengan lampin ye”. Perasaan rasa nak nangis tapi nangis dalam hati je, hee.
Dalam labour room, jumpa la ramai doktor pelatih kat situ. Tapi di ketua oleh ketua bidan. Masa tu dah masuk labour room pukul 5.30 petang, ketua bidan cakap nak tunggu 10 cm baru boleh teran. Kalau anak pertama nie, lambat sikit nak bukak bukaan. Dalam 1 jam 1 cm. So, bayangkan lagi 5 jam Qila nak tunggu untuk bukak lagi 5 cm? Kita dah rasa sakit yang amat sangat. Dah macam bukak 10 cm rasanya, padahal baru bukak 5 cm je dari pukul 6.30 petang.
Qila pon terus cakap dekat ketua bidan, “saya dah tak tahan doktor nak tunggu 10 cm. Saya memang dah sakit sangat nie”. Haha! Ingat lagi tau ayat Qila cakap. So, ketua bidan nak tolong dengan cuba pecahkan air ketuban agar cepat bukak bukaan.
Lepas pecahkan air ketuban pukul 7 malam tu. Tak lama pon, dalam masa 5 minit je Qila dah rasa macam nak teran. Qila siap-siap bagitahu kat ketua bidan tu macam rasa nak teran. And then, ketua bidan check. Alhamdulillah, terus bukak bukaan 10 cm kot sebab ketua bidan dah kasi untuk kita teran.
"Hai, nama saya Ariana Aisyah."
Ya Allah, syukur sangat tak sampai pada tu. Pukul 7.21 malam Qila dah selamat melahirkan baby girl diberi nama Ariana Aisyah.
Jangan risau, nanti sampai masa kita nak teran. Ketua bidan ada bagitahu macamana cara nak teran dan yang paling penting jangan angkat punggung masa teran tu. In shaa Allah, tak akan koyak banyak.
Alhamdulillah, pengalaman induce untuk anak pertama tak ada lah sakit sangat seperti yang dijangkakan cuma masa sakit contruction je lah kena tahan sikit. Masa sakit tu datang tarik nafas dalam-dalam dan hembus secara perlahan. Dalam pada tu, doa nabi yunus jangan lupa banyak kali baca masa sakit tu. In shaa Allah kurang rasa sakit.
Alhamdulillah jugak, sekali induce je. 12 jam Qila menahan kesakitan induce tu. Untuk sesiapa yang akan mengalami induce buat pertama kali, jangan fikirkan yang kena induce tu sakit. Bila mind set kita dah cakap macam tu, maka sakit la induce. Semoga dipermudahkan untuk bersalin nanti, in shaa Allah.
Puan sy dah 4 jam induce tp xde rasa sakit knp yer
ReplyDeleteDoakan ye adik sy skrg di hsptl brsalin ank 1st. Induce jgk
ReplyDelete