Pages

Bersalin di Hospital Tuanku Jaafar Seremban

Saturday, 26 August 2017

Assalammualaikum.

Masa Qila pregnatkan Aisyah, dah mula terfikir nak bersalin kat mana nanti? Kalau kita fikirkan balik, hospital gov dan swasta semua ada kelebihan dia masing-masing.

Ada yang nak untuk private sikit, nak pilih doktor perempuan je nanti kalau nak bersalin. Husband kena ada 24 hours dalam ward. Memang terang-terang la hospital swasta jawabnya kan.

Qila ada dengar, kalau kita ada apa-apa masalah kandungan waktu bersalin tu contoh tali pusat terbelit or apa-apa masalah di hospital swasta. Boleh kena tendang pergi hospital gov sebab hospital swasta tak nak ambil risiko. Nak tak nak, kena bersalin kat hospital gov la jawabnya.

Kalau untuk yang gov, memang ketat la sikit. Husband tak boleh teman isteri 24 hours, kena la ikut waktu melawat. Tapi kos perbelanjaan bersalin amatlah murah berbanding swasta. Doktor pulak tak boleh pilih, kot time tu ada doktor lelaki. Redha je la.

Qila time tu ada jugak berbelah bagi nak bersalin kat mana. Masa awal-awal tu, demand nak bersalin kat private la kononnya, haha!

Yang belah kanan tu la bangunan baru untuk ward bersalin ibu dan juga anak

Last-last bila dah nak sarat mengandung, Qila dah pilih nak bersalin kat Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJ). Alhamdulillah, sebelum tu dah survey pon tempat fasiliti tempat ibu dan anak.

Kalau nak tahu, HTJ ada bangunan baru untuk dikhaskan ibu bersalin dan anak jugak. Memang sangat la selesa wad dia. Kat sana ada kelas wad, tak silap Qila cuma ada kelas 2 dan kelas 3 je.

Apa yang bezanya kelas 2 dan 3? Kelas 2, bilik dia tertutup tapi dalam bilik tu ada 4 bilik. Untuk kelas 3, tak ada bilik pon. Memang kat luar je, belah kanan ada 4 katil dan belah kiri tu pon ada 4 katil jugak. Cuma dia tak tertutup macam kelas 2. Lepas tu ada la 2 ke 3 katil kat tepi tu extra untuk tunggu katil kosong.

Untuk yang nak lebih private sikit, boleh la ambil kelas 2 tapi cas mungkin mahal sikit la dari kelas 3. Masa tu, Qila pon nak ambil kelas 2 jugak sebab nak selesa. Tengok-tengok tak dapat pon, agaknya kelas 2 tak banyak kot bilik dia tak pon bilik dah penuh.

Wad Qila langsir biru. *Gambar from google

So far, Qila ambil kelas 3 ok je. Selesa pon selesa jugak, tandas pon dekat. Dapat berkawan dengan kakak-kakak yang dah berpengalaman bersalin, memang banyak la ilmu dicurahkan. Hehe! Best-best. Bila sakit pon boleh curi-curi gelak dengan kakak-kakak kat sana, haha! Huiiishh, kenangan tak dapat dilupakan la.

Qila nak berterima kasih sangat dengan diorang yang banyak bantu Qila. Walaupon, Qila yang masuk lambat dan discharge awal dari diorang tapi layanan macam satu keluarga.

Huhu, sampaikan masa tu Qila dah selamat bersalin. Aisyah pulak agaknya dah lama berak, naik masuk wad tu tengok berak dia dah la banyak. Sampai macam dah nak kering melekat kat punggung Aisyah tu. Lepas tu, ada sorang akak tu sakit-sakit contraction pon masih tolong Qila cucikan berak Aisyah yang banyak tu.

Qila masuk labor room petang, pukul 5.30 petang tak silap. Bersalin pulak, pukul 7.21 malam. Naik balik masuk wad time tu pukul 10 malam tak silap Qila. Hehe, semua dah berkumpul kat katil Qila. Sorang sorang tanya, ok tak Qila? Bersalin normal ke c-zer? Kenapa lama sangat kat labor room?

Husband pon ada sekali, tapi dia duduk kejap je hantar makanan. Dapat tengok baby pon kejap. Lepas tu, dah kena halau sebab bukan waktu melawat kan. Ya Allah, bersyukur sangat dapat jumpa dengan diorang.

Untuk korang yang masih ragu-ragu nak bersalin kat hospital mana. Nie pengalaman Qila bersalin di hospital HTJ duduk di kelas 3 sahaja.

Pengalaman bersalin secara induce untuk anak pertama

Friday, 18 August 2017

Bersalin di Hospital Tuanku Jaafar Seremban pada 25 April 2017 jam 7.21 malam.

Assalammualaikum semua.


Qila nak cerita sikit pengalaman Qila bersalin anak pertama secara induce. Ceritanya memang panjang sikit, hehe! Qila nak kenangan nie dikongsikan bersama dan untuk yang kena induce buat pertama kali. So, let’s start. Aicehh!

Kita yang bersalin nie, pengalaman memang berbeza-beza kan? Ada yang senang bersalin, ada yang tak. Ada yang bersalin normal, ada yang c-zer.

Macam pengalaman Qila sendiri, Qila overdue. Patut due date tarikh bersalin dekat buku pink tu 18 April 2017 tapi lepas dari tarikh tu, Qila tak ada pon rasa sakit contraction. Sedihnya, dah la anak pertama. Tak pernah rasa sakit contraction secara biasa.


Sampai la nurse dekat KD (Klinik Desa) dah bagi surat untuk Qila masuk ward kat hospital sekiranya seminggu dari tarikh 18 April 2017 tak bersalin jugak kena la serah diri pergi hospital bersalin secara paksa tau sebab tu kena induce.

Selepas seminggu, Qila tak ada rasa sakit jugak. So, 24 April 2017 hari Isnin tu Qila dah pergi serah diri nak bersalin. Huhu! Ada tak yang pengalaman macam Qila nie? Dah la anak pertama, huargh!

Pagi-pagi dah gerak pergi hospital. Qila ingat lepas sampai hospital tu terus induce lah tapi tak. Esoknya 25 April 2017 baru induce. So, time tu memang Qila relax la. Yelaa, tak ada rasa sakit langsung pon.

Alhamdulillah, dapat duduk dengan kakak-kakak yang berpengalaman bersalin berdekatan dengan katil Qila. Semuanya baik-baik, peramah, suka menolong. Hehe! Hari tu, borak-borak je la dengan kakak-kakak kat sana.

Ada yang warded sebab air ketuban kurang tapi baru 36 weeks, ada yang baby songsang memang kena duduk ward sebab kena pantau. Ada la macam-macam masalah bersalin nie. Sampaikan dengar ada yang kena induce 3 kali tapi bukaan still 3 cm je. Ada pulak sampai masuk belon lah, bab masuk belon tu Qila tak tahu macamana.

Muka pasrah nak kena induce esok, hehe!

Time tu, mula la rasa gelabah risau sangat. Nanti Qila kena induce esoknya macamana la kan? Hmmm, nasib kita beza-beza. Sehari tu, Qila kuatkan diri. Tak nak dengar perkara yang negatif, baca surah maryam. Malam tu memang tak dapat tidur lena pon.

So, tiba la waktu paginya tu. Pukul 6 pagi Qila dah bangun, nurse dah pesan awal suruh mandi sebelum pukul 7 pagi sebab pukul 7 pagi tu dah standby nak masuk ubat induce. Fuhh! Ramai yang fikir induce sakit kan?

Qila memang tak ada pengalaman langsung, anak 1st kan. Bila doktor panggil nama Qila untuk masuk dalam bilik macam ala-ala labour room tu, Qila dalam hati memang dah rasa resah gelisah tapi luaran nampak relax je. Haha!

Ok lah, doktor pon tak ambil masa lama pon. Terus bagitahu saya nak check bukaan dulu ye dan doktor bagitahu dah bukak 1 cm dah nie. Qila pon macam happynyaaa! Walaupon baru bukak 1 cm ok, ingat boleh lari dari kena induce tapi tak pon.

And then doktor pon terus la masukkan ubat induce dalamnya. Masa doktor tengah masukkan jari untuk check bukaan, Qila tarik nafas dalam-dalam sampai la doktor tu keluarkan jari baru hembus nafas slow-slow. In shaa Allah boleh kurangkan sakit tu. Dapat tips dari kakak yang anak dah 6 orang, hehe. Alhamdulillah, tak rasa sakit pon.

Lepas dah induce, nurse ada cakap baring dalam 1 jam biar ubat tu meresap masuk dalam. Time 1 jam Qila baring tak rasa apa pon, cuma rasa la perut memulas-mulas tu je.

Jam 9 pagi, macam biasa nurse akan datang untuk check ctg (cardiotocography). Siapa tak tahu ctg, meh klik sini. Nurse kata dah ada regular contraction nie, nanti pukul 1 petang check bukaan lagi. My feeling? Of course happy tak sabar nak jumpa baby and ada jugak rasa gementar.

Ok, pukul 1 petang check bukaan baru bukak 3 cm. Qila memang dah rasa sakit time tu tapi tak ada lah sampai sakit ke pinggang. Kalau nak masuk dalam labour room kena bukak 4 cm. So, sabar. Memang berharap sangat tak nak kena induce banyak kali.

Dalam pukul 3.30 petang Qila dah start dah rasa sakit sangat nie. Dah sampai ke pinggang tapi tahan jugak sebab tak nak check bukaan takot still 3 cm jugak. Time tu rasa macam nak tumbuk orang la, haha! Nasib husband Qila tak ada time tu waktu melawat dah habis.

Lama gila Qila tahan kesakitan. Sampai la waktu melawat pukul 4.30 petang. Husband Qila memang dah ada dengan Qila, sampaikan asal dia bukak suara je Qila marah-marah. Haha!

Husband Qila kata “Pergi la check tengok dah bukak berapa. Nie macam dah sakit teruk abang tengok”. Qila pon, hmmmm… Yelaa, nak tak nak kena jugak pergi check.

Alhamdulillah, bila dengar je nurse kata “Eh, dah bukak 5 cm nie. Dah boleh la standby masuk labour room. Pastikan bawak baju dengan lampin ye”. Perasaan rasa nak nangis tapi nangis dalam hati je, hee.

Dalam labour room, jumpa la ramai doktor pelatih kat situ. Tapi di ketua oleh ketua bidan. Masa tu dah masuk labour room pukul 5.30 petang, ketua bidan cakap nak tunggu 10 cm baru boleh teran. Kalau anak pertama nie, lambat sikit nak bukak bukaan. Dalam 1 jam 1 cm. So, bayangkan lagi 5 jam Qila nak tunggu untuk bukak lagi 5 cm? Kita dah rasa sakit yang amat sangat. Dah macam bukak 10 cm rasanya, padahal baru bukak 5 cm je dari pukul 6.30 petang.

Qila pon terus cakap dekat ketua bidan, “saya dah tak tahan doktor nak tunggu 10 cm. Saya memang dah sakit sangat nie”. Haha! Ingat lagi tau ayat Qila cakap. So, ketua bidan nak tolong dengan cuba pecahkan air ketuban agar cepat bukak bukaan.

Lepas pecahkan air ketuban pukul 7 malam tu. Tak lama pon, dalam masa 5 minit je Qila dah rasa macam nak teran. Qila siap-siap bagitahu kat ketua bidan tu macam rasa nak teran. And then, ketua bidan check. Alhamdulillah, terus bukak bukaan 10 cm kot sebab ketua bidan dah kasi untuk kita teran.

"Hai, nama saya Ariana Aisyah."

Ya Allah, syukur sangat tak sampai pada tu. Pukul 7.21 malam Qila dah selamat melahirkan baby girl diberi nama Ariana Aisyah.

Jangan risau, nanti sampai masa kita nak teran. Ketua bidan ada bagitahu macamana cara nak teran dan yang paling penting jangan angkat punggung masa teran tu. In shaa Allah, tak akan koyak banyak.

Alhamdulillah, pengalaman induce untuk anak pertama tak ada lah sakit sangat seperti yang dijangkakan cuma masa sakit contruction je lah kena tahan sikit. Masa sakit tu datang tarik nafas dalam-dalam dan hembus secara perlahan. Dalam pada tu, doa nabi yunus jangan lupa banyak kali baca masa sakit tu. In shaa Allah kurang rasa sakit.

Alhamdulillah jugak, sekali induce je. 12 jam Qila menahan kesakitan induce tu. Untuk sesiapa yang akan mengalami induce buat pertama kali, jangan fikirkan yang kena induce tu sakit. Bila mind set kita dah cakap macam tu, maka sakit la induce. Semoga dipermudahkan untuk bersalin nanti, in shaa Allah.
 
FREE BLOGGER TEMPLATE BY DESIGNER BLOGS